Nasyrah al-Anbaa' (Buletin j-QAF SKB)



MEETING DI LANGKAWI
1) Mesyuarat Kawal Mutu dan Transformasi B.Arab Tahun 5..... 2) Mesyuarat Realiti j-QAF dari 8 hingga 11 Disember 2009.

KURSUS BAHASA ARAB DI MUSCAT, OMAN
Seorang guru j-QAF SKB iaitu Ustaz Najmuddin Ghani telah terpilih untuk menyertai Kursus Bahasa Arab di Muscat, Oman anjuran KPM selama sebulan.

Mesyuarat Di Langkawi

>> Monday 7 December 2009

Pada 8 hingga 10 disember 2009, akan berlangsung Mesyuarat Kawal Mutu HSP Tahun 5 Bahasa Arab dan Transformasi Kurikulum Bahasa Arab yang akan dihadiri oleh Ustaz Najmuddin Ghani, guru b. Arab SKB yang akan di Langkawi Seaview Hotel.

Manakala pada 9 hingga 11 disember pula akan berlangsung Mesyuarat yang kedua iaitu Mesyuarat Realiti j-QAF, akan diadakan di hotel yang sama dan SKB diwakili oleh Ustaz 'Ammar bin Ahmad guru PI SKB.

Read more...

Kursus Pemantapan Guru-Guru j-QAF Kohort 2008

>> Thursday 5 November 2009

Kurus ini diadakan selama 2 hari di PSPN Behor Pulai, Kangar, Perlis



Contoh Permainan Bahasa Arab (lu'bah al-'arabiyyah) yang dilakonkan oleh peserta lelaki






Agaknya apa yang melucukan tu..?


Antara peserta-peserta lelaki


Permainan untuk peserta perempuan

Read more...

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 5

>> Friday 14 August 2009

Pada hari sabtu 16 ogos telah berlangsung buat kesekian kalinya Kem Bestari Solat (KBS)di SKB. Kali ini ia diadakan untuk murid-murid tahun 5.Pada kali ini, fokus utamanya ialah kemahiran bertayammum di samping memperbetulkan cara-cara bersolat dan berwuduk supaya ia dapat dilakukan dengan cara yang paling baik dan sempurna. Walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan waktu dan tenaga (lebih-lebih lagi dengan penularan wabak H1N1), namun alhamdulilah KBS kali ini dapat dijalankan dengan sempurna. Terima kasih kepada semua pihak yang tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan dalam menjayakan misi melahirkan "Khairul Jiil" atau "Generasi Cemerlang" pada masa hadapan ini. Moga Allah SWT akan memberikan ganjaran yang setimpal.Aamiin Ya Rabbal'Alaminn

Read more...

KURSUS BAHASA ARAB DI MUSCAT, OMAN

>> Wednesday 22 April 2009

Ustaz Najmuddin Ghani, salah seorang guru j-QAF SKB, telah terpilih untuk mengikuti Kursus Bahasa Arab di Muscat Oman. Kursus ini adalah merupakan satu MOU yang telah dipersetujui antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kerajaan Oman. Kursus ini akan diadakan selama sebulan bermula 25 April hingga 20 Mei 2009. Antara program yang telah dirancangkan ialah melawat sekolah-sekolah rendah di Oman untuk mengikuti cara pengajaran dan pembelajaran mereka di sana. Moga kursus ini akan memberikan manafaat kepada semua pihak...insyaAllah!

kepada murid-murid SKB boleh berhubung dengan us. Najmuddin melalui email : najmuddin74@hotmail.com

Read more...

>> Tuesday 10 February 2009

ماذا نقــــــــدم لفلسطــــــين ؟
سؤال نسمعه كثيراً ممن حولنا وهذه هي الإجابة :
· الدعاء لهم بالنصرة على عدوهم اليهود الغاصبين .
· التبرع لهم بما نستطيع لنصرة إخواننا .
· متابعة أخبارهم ونشرها بين الناس .
· القراءة عن القضية والإلمام بها .
· الكتابة لوسائل الإعلام عن قضيتهم .
· مقاطعة منتجات الصهاينة المعتدين .
· المشاركة في الأنشطة المناصرة للقضية ( مؤتمر – مسيرة – معرض – حفل ......) .دعوة الكتاب والصحفيين للكتابة عن القضية من خلال مراسلتهم سواء بالبريد الإلكتروني أو البريد العادي .

Read more...

Mesyuarat Panatia Kali Pertama

>> Thursday 22 January 2009

Pada 20 Januari yang lepas, mensyarat Panatia Agama Islam, Bahasa Arab dan j-QAF telah diadakan di bilik wawasan SKB. Mensyuarat berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh kebanyakan guru agama juga Guru Besar SKB. Perbincangannya ialah lebih terarah kepada perancangan panatia pada tahun 2009 yang bakal diadakan. Pada tahun ini juga, akan ditubuhkan Persatuan Bahasa Arab (PBA) juga Kelab Jawi dan Khat (KJK). Kepada murid-murid yang berminat sila berhubung dengan guru-guru yang j-QAF SKB dengan segera kerana pengambilan ahli adalah terhad!

Read more...

SELAMAT BELAJAR....

>> Sunday 4 January 2009

Selamat Tahun baru kepada semua guru dan murid-murid SKB...moga terus cemerlang dalam pelajaran..

Read more...

Kenapa Wanita ini memeluk Islam

About This Blog

Hubungi Kami

Sekolah Kebangsaan Beseri,
KM12, Jalan Kaki Bukit,
02400, Beseri,
Perlis.

Tel/Fax : 04-9381516

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP